Kos pembaharuan bermula daripada RM120, termasuk caj perkhidmatan. Kos pembaharuan secara dalam talian mungkin berbeza kerana kami menawarkan perkhidmatan pembaharuan yang cepat dan mudah, serta dokumen akan dihantar kepada anda dalam bentuk salinan digital atau fail PDF. Selain itu, selepas pembaharuan berjaya dilakukan melalui portal kami, anda boleh meminta semula atau menerima penghantaran semula salinan sijil SSM tanpa had dan tanpa sebarang caj. Jika anda membuat pembaharuan melalui pihak lain, anda mungkin perlu membayar caj penghantaran semula setiap kali memerlukan salinan sijil tersebut. Anda juga akan menerima peringatan melalui e-mel daripada One Stop Renew Portal satu bulan sebelum tarikh tamat tempoh.